BISNES FOREX MENIPU


Assalamualaikum

FOREX NI BUSINESS MENIPU, BANYAK BUAT ORANG SENGSARA???

1. Ramai orang MAIN forex rugi sampai bergolok bergadai.

2. Ramai orang INVEST forex sehingga habis duit gaji dan duit pencen.

3. Ramai orang TRADE forex sakit kepala tak tidur malam. Hidup tak serupa orang, setiap waktu mengadap chart di handphone mengalahkan orang bercinta. Mabuk cinta pada forex mengalahkan cinta kepada anak istri. Ibadah tak kusyuk kerana teringatkan forex. Ngeteh sambil live trade sampai larut malam.

4. Banyak fake BROKER muncul macam cendawan tumbuh selepas hujan, kemudian lesap ntah ke mana. Kononnya broker ni dari luar negara ada lesen itu ini, tapi hakikatnya owner nya orang kita jugak. Melayu Makan Melayu(3M)

5. Ramai cikgu forex menjadi SALESMAN kepada syarikat broker. Lompat broker sana, lompat broker sini. Setiap kali lompat akan release teknik version terbaru. Lepas tu students lama terbiar. Mengajar forex macam ustadz buat ceramah. Lepas habis ceramah/kelas, pandai-pandailah students bawak diri.

Apakah sebenarnya FOREX ni, sehingga ulamak menfatwakan forex ni HARAM? Apakah kerana gambaran perkara-perkara di atas? Sehinggakan real trader turun terpalit dengan fatwa ini. 

Apa adakah real trader yang survive dalam broker? Ye tentunya ada, hanya saja mereka ni tak kecoh. Trade kat real broker, real platform with trading method yang sistematik.

Saya mengharapkan agar kawan-kawan yang terlibat dalam industri forex ini, samada mereka ini MiB/iB, cikgu forex ataupun owner broker agar benar-benar berniaga niat kerana Allah. Jangan menipu, jangan curang dan jaga clients dengan sebaik mungkin. Jika semua ini berjalan dengan baik sehingga mengharumkan nama forex itu sendiri dan membawa banyak kebaikkan kepada ummah, tentunya di masa hadapan fatwa forex tidak lagi haram.

Barakaullahufikum.

#MohonJanganSentap_BacalahDenganFikiranTerbuka

Ringankan tangan korang untuk share semoga ia memberi manfaat kepada orang lain. Korang ada pendapat nak share? Jgn lupa luahkan di ruangan komen 😊

cc: fb Abdullah Fakhri


No comments

Powered by Blogger.