LEVERAGE YANG SESUAI


Mari lihat maksud leverage

Bahasa kasar nya ialah "pinjaman dari broker" yang xde riba. Umpama Broker support kita dengan memberi pinjaman margin supaya kita mampu berdagang seolah2 kita mempunyai jumlah akaun yang besar Contoh jika modal trading korang ialah 100usd dan leverage yang korang pilih ialah 1:100
, Jadi korang darab modal korang dengan nisbah leverage yg korang pilih iaitu 100usd x 100 = 10 000, So dengang nilai ciput acc korang tu korang mampu berdagang seolah2 akaun korang mempunyai 10k usd. Sebab itu lah akaun korang mampu bukak lot yang besar walaupun akaun korang hanya 100usd

Orang cakap, makin besar Leverage makin cepat membunuh akaun, yeke?
Berapa Leverage yang paling selamat?

Berdasarkan kajian kami dengan menggunakan data yg dipercayai dan survey terhadap trader, kami mempunyai beberapa kesimpulan dan jawapan ia bergantung pada diri trader tu sendiri

1: Jika korang mampu mengawal Emosi dalam trading, mampu mengawal disiplin dalam trading, ia tidak bermasalah jika korang pilih leverage yang besar, sebesar 1:1000. Jika korang pilih leverage mcm ni dengan acc korang sebanyak 100usd korang mampu bukak lot yg lebih besar yg mungkin tersasar dari MM yg betul. Tetapi jika korang seorang trader yang mampu mengawal emosi dan disiplin, korang xkan masuk market tanpa MM yang munasabah, betul x?? Jadi kesimpulannya jika korang ialah trader yg mampu mengawal emosi, leverage bukan menjadi masalah pada korang semua

2: jika korang seorang trader yang xmampu mengawal emosi dalam trading, korang perlu ambil berat akan leverage ini. Biasa terjadi bila market lawan entry kita, kita akan layer sampai xingat dunia. Ataupun jika entry kita yg pertama atau kedua terkena stoploss, kita akan merasa berdendam dengan market dan mula nak boom market. Masa ni emosi dan MM mmg kelaut habis.. acc pasti akan hancur dalam sekelip mata sahaja. jadi, disinilah leverage memainkan peranannya. Jika leverage korang besar, kebarangkalian acc korang kena margin call adalah lebih cepat. Jika korang guna leverage kecil 1:100 - 1:50, acc korang akan lambat nak Mc kerana leverage begitu akan menghadkan entry korang. Leverage yg kecil akan membantu korang secara tidak lansung dengan menghadkan entry korang, jadi korang xboleh nak layer sesuka hati, xboleh nak boom market sesuka hati.

Jadi adakah leverage kecil acc xkan MC??

Jika emosi ke laut, sistem trade x ada, disiplin x ada acc korang tetap akan MC juga, cuma lambat untuk MC kerana leverage kecil telah take over utk mengawal entry korang dikala korang xboleh kawal emosi

Agak susah nak nampak bagaimana leverage kecil memainkan peranannya. Korang nak buat kira2 berapa margin perlu ada pun kadang boleh pening kepala.

So kita ambil jalan mudah, cuba korang buka 2 akaun demo. 1 acc guna leverage 1:500 dan lagi satu guna leverage 1:50.

Kedua-kedua acc tersebut cuba korang entry bertalu2 dan korang akan dapat lihat dan rasa perbezaannya. Entry bertalu2 merupakan entry yang diluar kawalan emosi dan disiplin. Dan korang akan dapat lihat bagaimana leverage kecil (1:50) mengawal entry korang.

Cuba jangan xcuba, xcuba xdapat feel. Cuba di akaun demo bukan real.. Harap membantu korang semua, In Shaa Allah
 Klik butang FB dibawah untuk artikel menarik ini semoga orang lain juga dapat manfaatnya. Korang ada pendapat nak share? Jgn lupa luahkan di ruangan komen


cc: fb Teknik Snr Advance Official

No comments

Powered by Blogger.