About
Assalamualaikum dan Selamat Datang ke blog saya. Saya adalah orang tua yang baru belajar main-main forex sejak setahun lepas. Saya tidak pernah menghadiri mana-mana kelas forex samada di malaysia ataupun di luar negara. Pengetahuan saya mengenai forex semuanya dikutip daripada Universiti Internet. Segala yang terpapar di laman web ini adalah pandangan peribadi, yang sepatutnya tidak diiikuti oleh anda.
Forex adalah hiburan sampingan saya, selain itu, saya menguruskan syarikat saya sendiri di Gombak. Selain forex, perkara yang menarik minat saya adalah pemasaran dan pengiklanan internet, SEO, Open Sources, SEM dan juga training.
Jika anda ingin belajar mengenai forex dan anda tahu bahasa Inggeris serta nak jimat duit, sila lah ke babypips.com, kelas forex yang lebih baik dan bernilai. Jika anda ada duit, pergilah mana-mana kursus forex.
Apa yang akan terkandung di sini, adalah penerangan dan rapuan mengenai forex daripada saya dalam Bahasa Melayu. Sekali lagi, jangan ikut apa yang saya tulis kat sini.
Jika anda ingin menghubungi saya, sila emailkan kepada admin@kelabforex.com


